Assalamualaikum peminat blog ummi. ( hek hek )
Jap nak sapu
habuk nih fuh fuh bersawang sungguh blog ummi nih padahal bulan lepas je last
hapdet kakaka. Dari hari ke sehari nak buat entry baru tapi dok pikiaq xtau nak
karang ape ok sekarang dah berbuah idea so jom kita mengarang tara kuca ca~
Ummi nak share kat korang semua yang ummi rasa happy yippey yeay sebab Sophea cenonet lagi beberapa hari je nak masuk 6 bulan dan dan dan ummi nak dapat diploma in breastfeeding journey yeayy lepastu dah boleh makan puri yeayy~~ *Clap Clap*! Bukan study je boleh dapat diploma nak susukan anak pun ada award tau.. 0-6bulan (Diploma) 6bulan – 2tahun (Ijazah) wuuu bangga gitu kan ibu2 yang Berjaya susukan anak sendiri. Benda ni pun ummi dapat tahu bila ummi join group #bfmembers dalam fb. Kat situ banyak lah ilmu2 yang ummi dapat sepanjang perjalanan menyusukan Sophea ni dan dari mereka semualah ummi dapat tahu berkenaan anugerah diploma , ijazah bagai tu. Nak rasa lagi bangga terlebih boleh la buat sijil sendiri pastu frame kahkah. Memang ada terfikir pun nak buat gitu nanti Sophea boleh tengok kan dan boleh kasi ummi hadiah sebab Berjaya susukan dia hingga 6 bulan. InshaAllah ade rezeki lagi akan diteruskan sehingga umur Sophea 2 tahun. Kawan-kawan ummi tolong doakan ye.. lagi 1 tahun 4 bulan jer.. pehhh risau nyeeee. *lappeluh*
Benda yang
paling ummi takut sekali apabila susu drop. Herghhh risau doh sebab selalu pump
arini esok Sophea minum kasi dia chiller je sebab ebm chiller lagi baik dari
frozen dan frozen lagi baik dari susu formula. Tapi ummi sentiasa kental dan
selalu positif tetap set kan dalam minda susu Sophea akan cukup untuk dia. Phew
SANGAT2 mencabar minda kay lolol . Masa sebelum lahirkan Sophea ummi sebenarnya
risau sangat susu Sophea xde atau xcukup maklumlah dengan size badan ummi yg
genit ni xberapa yakin boleh susukan anak. Kuasa Allah s.w.t melebihi segalanya
dengan ilmu yang ummi ada syukur ummi dikurniakan susu badan yang terbaik dari ladang
gandum. Hahah. Ape kome ingat orang badan chubby-chubby je ade susu? Badan kering2
ni xde hasil susu la? Aku dah buktikan okay anak aku tembam ketul2 lagi tau (
flip tudung sketttt )Nak kumpul ilmu lagi meh la kita baca info kebaikan susu ibu sikit kat bawah ni ;
Mengapa susu badan dianggap terbaik?
Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Alahan
- Muntah
- Cirit-birit
- Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
- Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
- Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
- Tidak perlu disediakan.
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
- Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
- Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
- Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
- Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
- Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.
Amacam? bagus tak susu ibu ni? mestilah bagus kan sebab banyak sangat khasiatnya. Tapi, untuk ibu2 yg terpaksa beri anak susu formula janganlah bersedih ye susu formula pun ada kelebihannya juga. Takmola kita besa-bezakan anak FM dan anak EBM ni dua2nya ada kelebihan tersendiri dan telah ditetapkan rezeki masing2.
3Days | 2.39kg |
1 sesi menuai 5oz |
5month++ Taraaaaa 6.89kg baby sado haha |
Sado kan? hihi.. okaylah next entry kita story pasal solid food untuk Sophea pulak. Ummi excited nak kasi Sophea makan ni. Makan kenyang2 ye nak :)
Tata
-Ummi Sophea-