Assalamualaikum Ya UKHTI ya AKHI (
tu pun kalau ada lahh yek :P )
Amboii lamanyaa tak mencoret busy sangat nihh ..hahaha
Semua orang nak anak bijak kan ? Macam tu jugak dengan ummi.. Lagi pulak Sophea ni akan jadi kakak kepada adik2 dia nanti so mesti tunjuk contoh yang baik dan jadi kakak yang penyayang terhadap adik2 okay. Maklumlah dulu ummi suka main2 masa belajar sekarang rasa menyesal sikit sebab bila dah ada anak ajaran pertama yg mereka akan pelajari adalah daripada ibu bapa sendiri.. Maka ummi pun rajinkan diri menggali ilmu apa yang patut untuk di ajar kepada Sophea..huhu T_T..Di sini ummi nak share satu doa yg Rasulullah SAW amalkan setiap kali baginda usap kepala kanak2. Yang paling bagus bila kita sebagai ibu2 amalkan setiap pagi sebelum anak2 ke sekolah (sophea x sekolah lagi hahaa) atau baca pada anak2 yang sedang tidur.
Doa ni Rasulullah SAW baca sewaktu baginda usap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak2. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorg yg bijak dan tawaduk. Beliau adalah yg paling byk meriwayatkan Hadith Rasulullah SAW semasa hayat beliau.
Ini doanya : Allahumma faqqihu fid din..wa'alimhu fit
takwil (utk anak lelaki).
Allahumma
faqqiha fid din, wa'alimha fit takwil
(utk anak perempuan).
Maknanya : Ya Allah, jadikan lah dia
(kanak2 tu) seorang yang "faqih" dalam agama dan seorang yg bijak dlm
ilmu takwil. Ilmu takwil ni yg payah nak jelaskan..apa yg saya faham dlm dunia
moden kita ni merujuk kpd matematik dan sains lebih kurang macam tu lah rasanya
kalau xsilap ummi. Hehehe….
Ummi akan amalkan setiap pagi semasa nak pergi kerja baca ayat2 tu dan tiup pada ubun2 rambut Sophea sambil usap2 kepala dia masa tengah main ker sambil tu geget2 sikit pipi die sebab geram sgt,,huahuahua.. J ..semasa sedang sikat rambut pun boleh jer baca ayat tu okay kata mana2 pun boleh . Niatkan dalam hati kita supaya anak2 akan dengar cakap kita sampailah mereka dah dewasa nanti. Doa jer yang baik2 inshaALLAH akan diperkenankan ALLAH S.W.T..Doa ibu2 memang mujarab dan tiada hijab di sisi ALLAH ;)

Korang baca lah tau lama2 nanti jadi hafal dah ayat2 tu
inshaALLAH mudah jer nak hafal doa tu. Dan jangan lupa ajar lah anak2 tutup
aurat sewaktu dorg berusia 7 tahun...bukan 17 tahun dan bukan 57 tahun!!! Takde
istilah nanti dulu nanti dulu nanti duluuuuuu. OK bai :*
Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak2 amanah dari ALLAH. Selamat Beramal Ibu2 Bapak2 .
-Ummi Sophea-