Friday, November 27, 2015

Diari Ummi : Penyusuan Eksklusif Sophea

Assalamualaikum peminat blog ummi. ( hek hek ) 

Jap nak sapu habuk nih fuh fuh bersawang sungguh blog ummi nih padahal bulan lepas je last hapdet kakaka. Dari hari ke sehari nak buat entry baru tapi dok pikiaq xtau nak karang ape ok sekarang dah berbuah idea so jom kita mengarang tara kuca ca~

Ummi nak share kat korang semua yang ummi rasa happy yippey yeay sebab Sophea cenonet lagi  beberapa hari je nak masuk 6 bulan dan dan dan ummi nak dapat diploma in breastfeeding journey yeayy lepastu dah boleh makan puri yeayy~~ *Clap Clap*! Bukan study je boleh dapat diploma nak susukan anak pun ada award tau.. 0-6bulan (Diploma) 6bulan – 2tahun (Ijazah) wuuu bangga gitu kan ibu2 yang Berjaya susukan anak sendiri. Benda ni pun ummi dapat tahu bila ummi  join group #bfmembers dalam fb. Kat situ banyak lah ilmu2 yang ummi dapat sepanjang perjalanan menyusukan Sophea ni dan dari mereka semualah ummi dapat tahu berkenaan anugerah diploma , ijazah bagai tu. Nak rasa lagi bangga terlebih boleh la buat sijil sendiri pastu frame kahkah. Memang ada terfikir pun nak buat gitu nanti Sophea boleh tengok kan dan boleh kasi ummi hadiah sebab Berjaya susukan dia hingga 6 bulan. InshaAllah ade rezeki lagi akan diteruskan sehingga umur Sophea 2 tahun. Kawan-kawan ummi tolong doakan ye.. lagi 1 tahun 4 bulan jer.. pehhh risau nyeeee. *lappeluh*


Benda yang paling ummi takut sekali apabila susu drop. Herghhh risau doh sebab selalu pump arini esok Sophea minum kasi dia chiller je sebab ebm chiller lagi baik dari frozen dan frozen lagi baik dari susu formula. Tapi ummi sentiasa kental dan selalu positif tetap set kan dalam minda susu Sophea akan cukup untuk dia. Phew SANGAT2 mencabar minda kay lolol . Masa sebelum lahirkan Sophea ummi sebenarnya risau sangat susu Sophea xde atau xcukup maklumlah dengan size badan ummi yg genit ni xberapa yakin boleh susukan anak. Kuasa Allah s.w.t melebihi segalanya dengan ilmu yang ummi ada syukur ummi dikurniakan susu badan yang terbaik dari ladang gandum. Hahah. Ape kome ingat orang badan chubby-chubby je ade susu? Badan kering2 ni xde hasil susu la? Aku dah buktikan okay anak aku tembam ketul2 lagi tau ( flip tudung  sketttt )Nak kumpul ilmu lagi meh la kita baca info kebaikan susu ibu sikit kat bawah ni ; 

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Amacam? bagus tak susu ibu ni? mestilah bagus kan sebab banyak sangat khasiatnya. Tapi, untuk ibu2 yg terpaksa beri anak susu formula janganlah bersedih ye susu formula pun ada kelebihannya juga. Takmola kita besa-bezakan anak FM dan anak EBM ni dua2nya ada kelebihan tersendiri dan telah ditetapkan rezeki masing2.

3Days | 2.39kg

  1 sesi menuai 5oz
                            
5month++ Taraaaaa 6.89kg baby sado haha
                     


Sado kan? hihi.. okaylah next entry kita story pasal solid food untuk Sophea pulak. Ummi excited nak kasi Sophea makan ni. Makan kenyang2 ye nak :) 



Tata
-Ummi Sophea-




Monday, October 26, 2015

Waktu Semakin Melumpuhkan

Sophea semakin membesar, hakikat yang akan terus berlaku.
Kuatkah aku untuk membesarkan dan mendidik dia?
Setiap hari inilah soalan yang bermain diminda ku
Di saat kudrat dan akal sudah buntu
hanya doa ku pohon supaya dia akan menjadi anak yang solehah dan menjadi penghuni di syurga firdaus milik Maha Pencipta.


Kuatkah seorang ummi? ya.. Allah jadikan wanita ini kuat dari segi perasaan walaupun rapuh tapi tetap boleh tersenyum.

Dunia makin mengigit kerana itulah hakikat dunia .
Aku manusia yang straight to the point.
Aku jenis mudah meluah, kerana itu aku jarang update blog kerana khuatir ada pihak yang terasa dan secara tidak langsung membuka aib pula.
Aku jenis mudah percaya kepada orang, kerana itulah aku mudah meluah. tetapi itu aku yang dulu.
Kerana aku belajar dari pengalaman. Aku lebih suka untuk diam di ketika ini.
Kerana aku jumpa kunci, sejauh mana pun kita bercerita pada orang, masalah atau perasaan sedih tidak akan hilang.
Hanya yang boleh dilakukan adalah diam, sabar dan mengadu kepada yang Maha Esa.
kerana betul atau salah dan baik atau buruk diri aku. Hanya DIA yang lebih mengetahui.
Kerana aku tidak tahu apakah aturan perjalanan aku untuk hari esok.
Hidupkah? Matikah? semuanya di dalam perancangan yang Maha Berkuasa.

Aku yang dulu happy go lucky tetapi berubah mengikut tahap kematangan dan peredaran waktu.
Sampai bila nak muda kan? masa mendatang akan membuatkan kita matang.
Banyak salah dan silap dahulu kesan dari kejahilan dan tidak berfikir panjang.
Banyak yang terluka, banyak yang terasa , banyak yang sentap.
Tetapi sebuah kebenaran tetap akan menjadi benar sampai bila-bila walaupun ianya pahit.
dan apa yang berlaku, tidak akan kita lupakan kecuali hilang ingatan.
Pahit untuk diterima kita akan anggap pendustaan
Manis untuk diterima kita akan anggap kebenaran.
Hakikatnya yang pahit itulah yang benar dan yang manis itu kadang kala berdusta.

Aku manusia biasa yang tinggal di dalam dunia yang berputar.
Maka kehidupan ku juga berputar umpama roda.
Kadang ku diatas, kadang ku di bawah.Sampai suatu masa, detik yang berjalan ini akan terus terhenti. Tiada lagi waktu-waku yang baru untuk dilalui.... 


-Ummi Sophea-

Monday, October 19, 2015

Resepi Dim Sum

Assalamualaikum & Hi ! 

Jom kite jengah cara2 nak buat sendiri DIM SUM/SIEW MAI ni untuk mereka2 yg rajin dan disebabkan kami suami isteri suka sgt dim sum ni so apa kate buat sendiri je dari membazir makan kat kedai yg mahal dan kita x pasti akan status HALAL & HARAM nyer :) Cara-caranya macam dibawah tempoh penyediaan setengah jam jer 
ihsan google


1. Wantan Pastry 
2. Isi ayam (tanpa kulit) 
3. Isi Udang 
4. Cendawan Shitake kering  
5. Carrot 
6. Daun Bawang 
7. Minyak bijan 
8. Telur 
9. Tepung Jagung 


1. Masukkan segenggam isi udang dan isi ayam ke dalam blender kecik yang kita kisar bahan2 kering (spice         blender) atau tumbuk guna lesung pun boleh.


2. Lepas dah halus diblend, keluarkan dan campurkan dengan tepung jagung hingga sebati. 

3. Potong halus2 setengah batang carrot,  cendawan shitake kering yang telah direndam kemudian hiris halus2 dan sehelai dua daun bawang yang jugak telah dimayang halus. Campurkan sekali ke dalam ayam tadi.  


Cendawan Shitake

                                                                     Lepas Rendam Cincang Dadu





4. Pecah telur sebiji, pukul sedikit dan masukkan jugak dalam bahan2 tadi. Gaul hingga sebati, bubuh sikit garam pak aji kalau guna dan kira2 setengah sudu kecik minyak bijan. *Simpan dalam peti ais selama sejam* 

5. Siap2 jerang air dalam pengukusan. Kemudian keluarkan wantan pastry dari fridge. Keluarkan sedikit sahaja dari dalam peket. Kalau keluarkan semua nanti ia menjadi kering. Kemudian guna cookie cutter untuk memotong bulat wantan pastry tu. (Kite tak potong pun biar besar tu je)

6. Wantan pastry boleh beli di giant atau pasaraya berdekatan yer. Celup jari telunjuk dalam sedikit air dan sapu pada sehelai wantan pastry tu. Pastu amik satu sudu kecil inti ayam tadi dan letakkan tengah2 wantan pastry. Kalau nak sedap lagi letak daun bawang atau daun sup. Lipat lah macam mana yang korang suka. Nak lipat macam lepat pisang pun boleyyyyh !  





7. Ulang sampai habis kulit pastry dan bahan kisar tu. Baki wantan pastry disimpan elok2 dalam peti ais dan boleh guna lain kali. Susun dalam kukusan dan kukuslah hingga masak tempoh masa. 10-15 minit.. Kalo nak ganti isi udang dan isi ayam dengan isi ketam ke apa2 pun isi, sila lah mengikut selera diri sendiri, suami mahupon anak2 :)




Untuk sos pencicah dia pulak boleh guna cili sos biasa dan kicap. Sedia untuk dimakan dim sum panas-panas yummy!!


                                                                    ini DIM SUM encik Google 



Selamat Ber DIM SUM!!! :) 



Thursday, October 15, 2015

Seusia Masa

Assalamualaikum & hi! 



                                  



Alhamdulillah masih diberi nafas yang panjang dan kesihatan tubuh badan. 
Sebenarnya kan kalau korang nak tahulah lynda sejak azali lagi dah bercitacita nak ada blog sendiri tau. Tak silap since dari tahun 2009 lagi nak buat tapi asik terbantut jer. Kalau tidak sekarang mesti dah jadi blogger terkenal (perasan jap) mana taknye dedulu mana ada orang nak ajar maklumlah  i ni buta IT sikit hahaha. Rasanya memang ada penah buat dulu tapi asik lupa jer cara2 nak log in pe suma tu. Last2 malas nak fikir terus terkubur je and baca blog orang lain jer yang mampu. Muda-muda dah nyanyuk. Lastly minta izin dengan suami nak create blog and then dia pun dah kasi greenlight tapi masa2 baru kahwin lagi dah beritahu tuptup dah ada Sophea baru berjaya create.. Kau rasa...? Lama gila aku fikir macam mana nak buat blog ni nak tulis apa nanti nak design cecantik kreatif ke aku? kadang ada idea kadang hilang terbang jauh idea ni kekeke. Entri pertama yang berjaya aku buat adalah pengalaman bersalinkan sophea. Masa aku taip entri tu macam ingat2 lupa jer kisahnya yelah dah 4 bulan kot bila tiba dah sedap taip laju je ingatan aku pulih balik tangan aku pun sedap ketuk ketak keybord maka berjaya jugak akhirnya aku buat entri tu hahahaha memang tujuan nak bagi Sophea baca bila dia dah besar nanti. Boleh dia share2 dengan kawan2 dia ;) 

Finally aku dah jadi isteri dan seorang ummi. Kekadang rasa macam tak percaya jer betul ke aku dah kawin? Rasa macam baru je semalam pergi sekolah kena berdiri kat perhimpunan pagi-pagi, berebut-rebut ambil RMT kat kantin sekolah makan dengan kawan2, main kejar2 depan rumah, makan bersuap lagi dengan mak, main panjat-panjat pokok. Ohh God, how time flies so fast. Sekarang banyak tanggungjawab dah ada nak kena pikul. Bukan lagi anak2 kecil yang sentiasa nak kena belai. Cuma ko sendiri kena belai suami dan anak ko.HAHA. Allah baik sangat thanks to Allah s.w.t. DIA kurniakan aku seorang suami yang kacak & penyanyang serta seorang anak perempuan yang cantik & cerdik. Masa bujang dulu macam-macam ujian dia beri pada aku. Dugaan kerja, kawan, cinta, duit, semua aku dah rasa. Kadang rasa macam taknak hidup je nak baring sorang-sorang dalam kubur. boleh?. Pernah jugak terfikir ada ke manusia yang mampu hulurkan tangan dia jadikan aku isteri jaga aku baik-baik tahan dan sabar dengan sikap aku. Pernah jugak terfikir taknak kahwin sampai bila-bila. Tapi Allah tu sebaik-baik perancang. Kita cubalah rancang apa2 pun untuk diri dan hidup kita akhirnya Allah jua yang aturkan dan menentukan kitaran hidup kita semua. SYUKUR. 


Sebenarnya tak tahu nak tulis panjang2 takut nanti merapu-rapu pulak ceritanya HAHAHA. 
Saja memenuhi waktu lapang sebelum balik dari kerja ni. Kalau ada masa nanti aku update entry baru. Sekarang ni masa sepenuhnya untuk suami dan anak.  


Ok bye u olls ! Happy reading ;)


Sunday, October 11, 2015

Saat Bergelar Ummi Kepada Nur Aryssa Sophea. Bahagian 2

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa kalau jawab sayanggg ;)

Sambungan Bahagian 1 .

BAHAGIAN 2

3 Jun 2015/28W3D
8.00am
Mata aku still terkebil-kebil pagi  tu aku rasa macam aku hanya dapat tidur hanya beberapa minit jer sedar-sedar dah pagi dan nurse datang cek setiap pesakit then tarik-tarik langsir bagi terang setiap ward. Jelas wajah mak2 di setiap katil aku nampak. Ada yang tengah menyusukan baby, ada yang tengah tidur, ada yang tengah main2 dengan baby. Aku tersenyum je rasa seronoknya bangun2 ada baby kat sebelah huhu sambil tu aku usap-usap perut hihihi. Perut aku ni still rasa sakit lagi nak bergerak tapi nak ke bilik air punya pasal aku gagahkan juga kudrat yang ada untuk bangun. Sebelum tu aku sempat lagi whatsapp hubby aku bagitau keadaan aku masa tu. Aku tau dia mesti xlena tido jugak fikirkan aku tambahan pulak pukul 3 pagi dia datang dengan makcik dia sebab nak lawat aku sebab semalamnya doctor cakap dalam masa 6 jam aku bersalin tapi xkeluar pun babynya lagi hahahaha. Selesai bersihkan diri sarapan pun sampai. Aku memang xberselera nak jamah makanan tapi aku fikirkan baby dalam perut aku pun minum la air milo panas and makan sikit buat alas perut sian anak ummi lapar nanti.

9.30am.
Aku hanya baring je kat atas katil masa ni dah rasa sakit menyucuk2 kat bawah tu. Aku borak2 dalam whatsapp je dengan hubby then tanya dia bila nak datang aku bosan. Waktu melawat pukul 12.30tgh pulak tu hubby aku suruh selawat je and cakap sabor jap lagi dia datang ler hahaha. Then doctor pun datang bersama nurse2 dia. Katanya setiap 1 jam diorang akan seluk aku nak tengok berapa cm dah bukak. Aku bab2 seluk ni memang seriau sikit. Aku hanya mampu berdoa je kalau nak seluk biar doktor perempuan mintak dijauhkan doctor lelaki. Malu beb xsanggup mak nak bayangkan.Phew! Tetiba masa diorang sibuk ambil detail aku ada sorang doctor cina lelaki ni dia mcm tawarkan kat doctor pompuan tu untuk cek aku. Aku pon apa lagi dah nampak isyarat tangan dia tu aku dengan lajunya cakap ..” Errr excuse me, I xnak dia I nak doctor perempuan yang cek’’ ko rase??? Hahahaha boleh pulak  main request2 kan mak xkisahh janji mak rasa secure sikit. Dahla doctor perempuan tu cantik lemah lembut muka ala2 Mia Ahmad okay! Hubby I pun cakap macam tu hehe so aku rasa tenang sikit la dengan perwatakan doctor macam tu kan. Selesai seluk doctor kata 3cm dan diorang bagitau estimated time petang ni aku bersalin. Alhamdulillah. (Yeay nak jumpa baby yeay!)


11.30am
Sempat jugak aku tidur dalam beberapa jam. Yelah malam tadi xlena punya pasal dengan bunyi anak kucingnya so sempat jugak aku topup tido dapat jugak aku cas balik tenaga buatnya petang nanti nak guna banyak tenaga untuk push-push. Kekeke :P. Tiba-tiba aku rasa macam sakit kat bawah tu sangat2 rasa macam nak buang air besar. Aku pun try la bangun pergi toilet nasib baik toilet betul2 sebelah katil aku tapi xkeluar pun apa yang dihajati kahkah. Aku pun panjat balik katil dengan rasa hampa. Aku suruh hubby datang cepat sebab aku risau nak baranak dah ke sakit yang teramat oiii sakit bawah perut+sakit kat bawah adoiiii hanya mampu ucap (Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin )(doa nabi Yunus) sambil tu aku mesej mak aku minta petua ayat2 suci dan minta doa restu serta ampun dan maaf.  Doktor pun datang cek lagi bukaan still 3cm lagi tapi apesal aku rasa sakit sangat2 entah ler .. terkumat kamit mulut aku berzikir xhenti henti minta Tuhan permudahkan jangan dipersulitkan. Huuuuuuuuuu T.T

12.30tgh
Hubby I pun sampai. Datang je dia kat katil tu aku tengok je muka dia sambil tahan air mata. Rasa sebak sangat masa tu. Dia pun diam je xcakap apa Cuma tanya aku ape doctor cakap. Aku kata la sakit sangat2 dah ni doctor kata still 3cm mungkin dalam pukul 4 baru boleh masuk labour room. Lepastu kita orang sama2 berzikir. Aku dah nangis2 dah sebab xtahan nak tanggu. Itu baru 3cm macam mana la dah 10cm jap g? Macam2 andaian berlegar2 dalam kepala otak aku. Kekadang aku hanya fikir yang buruk je hahaha (hidup ke mati ke aku jap lagi) banyaknya dosa2 aku. Dosa dengan mak, dosa dengan suami. Astaghfirullahal Adzim.. aku hanya selawat,zikir nangis dan nangisss pastu tetiba rasa nak meneran. Syafique macam biasa diam jela sambil perhatikan aku dia nak buat ape lagi xkan nak tukar perut pulak kan. Muahaha >.<! Aku ngadu kat Syafique “ I rasa nak meneran la xtahan sangat ni” Dia jawab “sabar,selawat2 zikir”  sambil buat muka xtau apa2. Hampehhh hahaha sambil aku peluk lengan dia sambil aku cekam kuat2 bia dia rasa sakit sikit tapi still xleh lawan sakit aku tau. Aku pun menjerit tanpa rasa segan “tolonggggg nak meneran ni tolonggggg” aku buat macam dalam ward tu hanya ada aku dengan syafique je kakaka. Then tangan aku asyik picit2 button kecemasan yg untuk panggil nurse datang ke katil. Nurse datang tanya kenape, aku jawab la nak meneran ni blh ke? Ade ke patut dia suruh aku sabar tunggu doctor cek aku lagi meraung laaa jawabnyee.. Ibarat ko nak berak tapi orang tahan xbagi ko berak. Kes naye beb boleh buat gado besar.. hahaha!

2.00pm
Syafique kena keluar sebab masa melawat dah habis. Dia berat hati nak tinggalkan aku tapi apakan daya masa tidak memihak kepada kita. Aicewah! Aku teresak-esak menangis sebab kena tanggung sakit sorang2 kalau ada Syafique dapat la bertahan sikit walaupun dia diam kaku je tepi aku asalkan aku dpt tengok muka dia adalah kekuatan sikit hahaha ni kena hadap sakit sorang2. Tiba-tiba aku dah rasa macam nak meneran lagi. Doktor datang cek dah 4cm. Aku dah meracau mcm dirasuk ok. Sakitt oii doctor tu usap2 belakang aku suruh sabar dan suruh selawat banyak2 kali pastu nasihat aku bagi aku tenang. Bagus tau doctor perempuan tu memang sangat membantu . Huhuh thanks Doktor “Mia Ahmad”. Setiap kali contraction datang aku mesti menjerit cakap nak meneran nak menerannnn. Sampai aku xfikir ape-2 terus cakap kat doctor tu “saya nak c-zer boleh x doctor”? Doktor tu terus marah aku kata jgn cakap macam tu puan mesti boleh sabar sikit je lagi puan akan jumpa baby. Lagipun xboleh pergi labour room sekarang sebab penuh even pergi pun puan still macam nix de orang akan layan. Pasrahhh… kerana terpaksa aku relakan.

3.30pm
Sakit makin menjadi-jadi air mata ni laju je merembes keluar time ni la baru aku sedar besarnya pengorbanan mak aku lahirkan 7 orang anak. Kuatnya seorang yang bergelar “ibu,mak,Ummi” Tingginya darjat seorang mak. Timbul lah rasa keinsafan dalam diri. Teringat akan perbuatan2 terhadap mak. Melawan cakap, xdengar kata, tipu, tinggi suara, mcm2 lagi perbuatan xelok dibuat kat mak waktu dulu. Kalaulah nyawa aku ditarik masa tu …Nauzubillah….. Sumpah sakitnya xterperi.. Siapa yang pernah mengalami senggugut macam tu lah rasanya tapi 10 kali ganda sakit!! Senggugut pun engko dah tertonggeng tonggeng ni nak lawan sakit contraction. Terus aku terfikir biarlah sorang jer anak aku xsanggup nak hadapi sakit beranak lagi.. hakhak. (Fikiran dah dikuasai oleh sakit memang begitu kekeke)

4.00pm
Bukaan dan 6cm kalau boleh terjun dari katil aku dah terjun dah SUMPAH kali ni aku dah xtau nak fikir apa sakitnya tak dapat dibayangkan aku memang dah meneran senyap2 tau. Rasa baby xsabar sangat nak keluarnye pun adoiiii. Masa Doktor seluk dia tanya nak buang air x aku kata xnak walau time tu orang letak 10ribu depan aku pun aku xnak xpeduli langsung hahahaha. Doktor kata pundi aku penuh air so diorang nak bagi aku buang air jugak kalau x susah aku nak meneran nanti. Diorang dah sediakan katil untuk tolak aku ke labour room then dokor tu masukkan tiub apa entah kat pundi kencing aku rasa ngilu jer pastu keluar lah air kencing aku dengan sendirinya.. (nyesal pulak aku kata xnak buang air tadi). Nurse suruh aku call Syafique kat luar beritahu dia yang aku nak .ena tolak masuk labour room dah . Mengigil-gigil aku cakap dengan dia dalam hati excited + nervous saat bergelar umi dah hampir tiba. Sabar ya sayang kita sama2 berjuang ok. Waktu ni bagai diberi kekuatan yang luarbiasa rasanya semangat berkobar2.. (katil pun ditolak menuju ke labour room)

4.30pm
Aku disuruh tukar ke katil yang ada di dalam labour room. Pelik, sedangkan waktu dalam ward tadi aku dah xbermaya nak bergerak walau sikit macam mana tiba2 aku dengan laju je bangun naik atas katil tu tanpa perlu dibantu .. Ya, Allah Maha Besar. Dia beri kekuatan luar biasa pada aku.  Baju aku pun ditukar and doctor pun cek bawah bukaan dah 7cm dia pun minta izin untuk pecahkan air ketuban aku dan minta aku bersabar sebab sakit lepas ni makin bertambah. Aku redha je xfikir sakit tu sangat dah yang aku fikir hanya baby selamat keluar. Aku cakap kat doctor tu aku nak meneran boleh ke doctor tu boleh cakap kat aku “cubalah” hahaha boleh gitu ye? Syafique kat sebelah aku pun dah berselawat and zikir xhenti2.. aku genggam tangan Hubby kuat2 dan mula ambil nafas dalam2 dan PUSHHHHH~~!! Sambil push sambil aku baca zikir nabi Yunus tu Syafique pun ikut sekali.. 2,3 kali gak aku push tapi still xkeluar pun babynya.. Muka aku dah berpeluh-peluh dah (Peluh jihad seorang ummi) Aku teran lagi kuat-kuat sambil ingat balik step meneran yang betul (ambil ilmu dari pengalaman orang lain) Tiba2 nurse kata kepala baby dah nampak dia suruh Syafique tengok tapi Syafique kata dia tengok sikit je terus dia datang kat aku lap lap peluh kat muka aku.. hahah baru dia tau takuttttt. Aku teran dan terus teran sekuat hati masa aku tengah teran tu aku rasa mcm pedih2 sikit mungkin doctor tu gunting kot tapi bagi aku xdelah sakit dia gunting sebab aku focuss nak meneran agakya. Dorang semua bagi semangat kat aku dengan bantuan 2 org nurse tolong tolak2 perut aku  Syafique pun dah xtentu arah masa tu dan SLURPSSSSS ~ meluncur laju lah seketul baby yang putih licin badannya Ya ALLAH SYUKUR. Dia punya bunyi kejap je WEKKK~ pastu senyap hahaha. Ya Allah aku xsabar nak peluk anakku NUR ARYSSA SOPHEA. Pukul 4.55pm Sophea lahir ke bumi.  Masa diorang dok bersih2kan Sophea ade lah suara2 halus aku dengar cakap tali pusat Sophea cantik la mcm excited sungguh nurse2 tu aku pon xpaham.. Sophea pun diletakkan atas dada aku (skin to skin) bermula lah saat pandang pertama antara kami  anak beranak. Terkebil-kebil mata sepet Sophea tengok muka aku.. aiyayayaiiii jatuh cinta ummi anak oii wangi sangat dia time tu BABY SYURGA lah katakan SEGALA PUJI BAGI ALLAH ALHAMDULILLAH..Lepas sophea dimandikan dan dipakaikan baju Syafique pun ambil dia untuk di azankan. Dengarlah Sophea suara abah dia buat pertama kali selepas dilahirkan.  Sungguh aku diberikan kekuatan yang luar biasa. Dari awal sampai akhir aku diuji dengan kesakitan yang amat sangat oleh Allah. Bila tiba saat bertarung Dia permudahkan segala-galanya. Tak lama pun proses nak bersalinkan Sophea. 4.30pm-4.55pm jer dah keluar sektul Sophea.Hehe…

5.00pm
Nurse keluarkan semua darah2 beku dan jahit balik yang telah digunting tadi. Bermula lah kehidupan aku sebagai seorang UMMI kepada buah hatiku NUR ARYSSA SOPHEA. Jadilah anak yang cerdik dan solehah wahai anakku harta ummi dan abah dunia akhirat. Jadilah kakak yang baik untuk adik2 nanti ya, kehkehkeh J


**********
Sekian saja perkogsian dari saya tentang pengalaman melahirkan puteri sulung saya ini. Benar, lain ibu lain pengalamannya tapi setiap ibu akan merasa benda yang sama semasa ingin melahirkan anak2 syurga iaitu KESAKITAN,PENGORBANAN DAN KEKUATAN. Sakit yang sangat nikmat untuk dirasaai. Akan tetapi ujian kita tidak akan terhenti disini. Akan banyak lagi ujian dan cabaran yang bakal kita tempuhi untuk membesarkan anak2 tersayang. Jadilah ummi yang baik dan dapat memberi contoh kepada anak2. Untuk para suami, kasihilah seorang isteri yang telah melahirkan anak2 mu. Walaup pun seorang lelaki itu gagah dan kuat  tetapi tidak akan ada seorang pun lelaki yang mampu untuk menanggung sakit nya yang ditanggung oleh isterimu untuk melahirkan seorang anak. Buat anak2, hormatilah dan sayangilah kedua2 orang tuamu. Segala pengorbanan yang mereka lakukan  tidak akan mampu dibalas hingga nafas terakhir.. Berbaktilah kepada orang2 tuamu.

DOB 3rd June 2015 @4.55pm

UMMI SAYANG NUR ARYSSA SOPHEA DUNIA AKHIRAT.




Wassalam.  

Friday, October 9, 2015

Saat Bergelar Ummi Kepada Nur Aryssa Sophea

Assalamualaikum Dunia.

Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah disini. hihi..sila lah duduk makan apa yang ade. kakaka :D

Nak cerita serba sedikit pengalaman melahirkan seorang puteri yang diberi nama NUR ARYSSA SOPHEA.

Sebabnye ramai yang whatsapp and inbox saya di FB minta share pengalaman melahirkan anakanda ku tercinta dan sebelum otak ni terlupa nak cerita kat Sophea bila dia dah besar nanti baik lah aku cerita dulu kat sini nanti biar dia baca jer kan mana tahu ummi dia ni nyanyuk ke hilang ingatan ke (minta simpanglah) kekekeke :P (SOPHEA, sila sediakan tissue)

BAHAGIAN 1
ALKISAH.
Tersebutlah kisahhhhh ... cececewah ! 
Ok2 serius eh.. Sophea punya due date pada 12 Jun 2015 kira cukup2 40w lah tu. Tapi Sophea nak keluar awal rupanya untuk melihat ummi dia yang cantik gojes ni . EH? ;p

2 Jun 2015/38w2d
Masa ni saya kerja macam biasa je terkedek kedek masuk ofis lebih kurang lagi 10 hari jer nak deliver i is relaks lagi la maintain yer tapi kat ofis x buat satu mende pun sebab nye layankan sakit pinggang, rasa letih, lemau, ngantuk macam2 perasaan xfikir pun baby akan keluar waktu-waktu sekarang ni. hahaha. Nak dijadikan cerita, waktu aku tengah lalok2 kat ofis time-time sarat ni aku suka bersandar je pinggang asyik lenguh  kalau duduk tegak perut pulak asik keras menegang. Aku pun carilah tempat bersembunyi iaitu 'port' untuk aku boleh sandar or baring nak tau kat mana? Bilik Datuk!! wahahahahaha tapi Datuk x ada pun dia punya ofis kat HQ Penang cuma sekali sekala je dia akan datang ofis KL. Bilik Datuk ni pulak betul2 depan workstation aku so senang la kekadang aku nak menyelinap masuk kejap2 huahua. Kalau bebudak ofis tengok aku xde kat tempat aku tu maknanya aku mmg tengah bersembunyi kat 'port' aku lah tu..hihihi Dorang pun dah paham situasi mak2 buyung cemane :P 

Dalam tengahari macam tu sedang aku berelaks kan aku macam tetiba je pegi buat ketuk ketampi. Aku pun xpaham dah kenape aku buat ketuk ketampi tu hahahaha. Sebab aku ada baca2 kalau buat ketuk ketampi boleh buatkan bukaan rahim jadi cepat. Tapi, seeloknya dibuat time betul2 dah sakit contraction tu aku ni pulak badigol g buat time2 xsakit ape2 hahaha!! Dalam hati dah da macam2 semoga xde pape. Lepas dah buat ketuk ketampi tu ada lah dalam 10kali bangun cangkung aku dapat hokeh..mak masih kuadddd katanyer. Ok dah sambung buat kerja macam biasa dalam hati doa gak moga xde jadi pape lepastu ihihihi. Krohhh~ 


6.00pm
Petang tu pulak balik kerja aku dgn suami terus pegi rumah mak saudara  Syafique kat kepong. Tumpang tidur sana sebelum deliver ni coz mudah nak ulang alik pegi kerja. Nak balik Nilai susah sikit sebab pagi & petang jammed memanjang kang dalam jammed tu kot rasa nak terberanak susah pulak kan. Dahler laki aku jenis blur2 hahaha kang dia biar je aku tahan sakit dalam kereta uwaaa! Tak sanggup mak nak sambut baby sendiri xdapat nak dibayangkan lols.Nak balik rumah PJ pun xkuasa sebab kena naik tangga aku ni dahler betul2 xlarat xkan nak suruh hubby aku dukung pulak kan kalau ringan xpe ni dah mcm dugong terdampar hahahaha!! So kami decide tumpang dulu la umah makcik dia senang ape ape hal jadi hospital selayang dekat. (Tapi x plan pun bersalin selayang kami plan bersalin kat serdang). Sampai jer umah maksu Syafique aku pun duduk2 lah bagi hilang peluh jap (ceh mcm baru lepas berlari pulak kan) yelah since sarat pregant ni sejuk pun rasa panas tau mcm nak masuk dalam peti ais jer setiap masa (mak2 pregnant confirm setuju apa aku cakap. Betul??) Lepastu nak maghrib dah aku pun minta diri lah nak ke bilik air untuk bersihkan diri. Masa nak berjalan ke bilik air tu aku rasa mcm perut aku dah kebawah sangat sampai jalan pun kena membongkok. Sakit sangat ok xtau lah kenaper rasa macam baru lepas kena tumbok . Mak2 saudara yang tengok pun naik hairan sampai diorang cakap entah2 aku dah nak bersalin?? Aiyarkkkk aku pun berlalu sambil bongkok2 pegi bilik air menahan sakit. Wuuuu~

8.00pm
Usai jer solat maghrib aku dah teresak-esak kat suami mengadu SAKITT. Tak tahan sakit sangat2 bawah perut nih nak berjalan pun payah dalam solat pun dah menangis huhu T.T. Suami pun suruh siap2 ajak ke hospital selayang terus sebelum tu dia suruh aku packing2 baju sekali kot mana lah tau betul aku dah nak bersalin or kena check in ke kot ada masalah ape2 kat baby haaa. Huaaarghh sambil packing sambil nangiss perasaan bercampur baur sedih + gembira nak jumpa baby hahaha takut pun ada :p . Sampai jer Hospital daftar apa yang patut nurse suruh hubby tolak aku pakai wheelchair masuk bilik pemeriksaan hubby aku dan hantar sampai luar pintu je dia xleh masuk dalam sebab ramai lagi mak2 buyung yang lain dalam tu sedang menunggu giliran untuk diseluk, discan, dimacam-macam lagi suami xleh masuk dok luar ye. Haa gerun tak ko? Waktu dalam bilik pemeriksaan tu nurse panggil nama dan tanya apa masalah aku pun pung pang lah cerita kenape aku sakit dan blablabla (tapi aku x cerita pun aku buat ketuk ketampi tu kakaka. TAKUTTT) then nurse pun suruh aku naik katil untuk dia buat kerja dia. Haaa part ni memang serammmm dari cerita hantu haha. Dah la katil dia tinggi yakmat dia boleh suruh aku naik dalam keadaan aku nak berdiri tegak pun xboleh. Dengan kekuatan yang aku ada sambil gigil2 aku panjat katil tu xde sorang nurse pun yg tolong hampehhh tau tapi xpe redho lah Allah kan ade J ambil masa dalam 1-2minit gaklah aku Berjaya baring kat atas katil tu. Nurse pun letak lah CTG kat atas perut aku dan ikat2 dengan tali dia uisshh xselesa sangat dibelit gitu tapi CTG ni perlu untuk cek denyutan jantung baby. Dalam 1 jam setengah jugak lah perut aku dibelit tali CTG tu bapak bosan aku sorang2 atas katil tu layan perasaan yang nervous untuk pemeriksaan seterusnya. PHEW.

9.30pm
Selesai CTG katil aku dah dikelilingi oleh beberapa nurse dan juga seorang doctor India. Aku dah mula cuak aku tau diorang nak buat ape.. warghhhh! Apelagi sorang nurse datang dia ckp nak cek bukaan rahim aku pun pasrah sajelaa dah mmg mcm itu dugaan mak2 mengandung kan PENGORBANAN NI Sopeha. Ok aku rasa biasa sbb aku tahan nafas masa tu (petua mak2 yg berpengalaman apabila nak kena seluk) bukaan baru 2cm. Lepastu dengar lah cokcek cokcek dorang cakap bahsa yg aku xfaham (bahasa doctor kot) datang pulak doctor india tu tadi and dia pulak nak cek betul ke 2 cm. Dia masuk je jari Krukk! Krakkkk!! (astaghfirullah!! Sakit yang amat amat memang aku rasa macam nak tendang terus muka doctor tu)  Spontan keluar dari mulut aku “Oh My God!!!” itulah kata2 yang keluar dahulu hahahahaha. Lepastu rasa benda panas je meleleh keluar. Aku dapat agak mesti darah ;( ganas sungguh doctor tu tapi doctor perempuan lah. Syukur. Dah selesai diorang semua blah tinggal aku terkapai kapai atas katil sorang2. Rasa nak nangis pun ada tetiba teringat hubby aku kat luar buat ape lah agaknye. Apelah perasaan dia time tu. Hikhik. Mestilah risau kan sayang kan? :* 


10.30pm
After all aku pun diarahkan stay ward malam tu sebab doctor kata potensi besar bersalin pada esok hari sebab bukaan dah 2.5cm. Turun dari katil aku pun slow2 jalan nak jenguk suami aku kat luar nak cerita apa yang jadi. Malam tu tido kat ward pun xtenang sebab fikirkan kejadian esok hari and suami xde kat sebelah pulak lagi xlena lah tido kesepian iolss tahan sakit tau hukhuk. Menci tau dalam ward tu pulak campur dengan mak2 yang dah bersalin memang ditemani bunyi anak2 kucing menjerit lah time tido (bunyi baby nangis hahaha) Ok lah untuk kisah esoknya pula aku sambung kat next entry lah yer. Panjang sangat pulak nanti bosan orang nak baca. Tapi cerita xhabis mesti korang nak tahu cerita selanjutnya kan? Kalau nak tau komen dulu lah kisah ni baru i tau ada orang yg sudi baca belog ni .. kekekeke ;) 


Fresh From Oven! :)



To be continued......... KISAH 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...