Monday, October 19, 2015

Resepi Dim Sum

Assalamualaikum & Hi ! 

Jom kite jengah cara2 nak buat sendiri DIM SUM/SIEW MAI ni untuk mereka2 yg rajin dan disebabkan kami suami isteri suka sgt dim sum ni so apa kate buat sendiri je dari membazir makan kat kedai yg mahal dan kita x pasti akan status HALAL & HARAM nyer :) Cara-caranya macam dibawah tempoh penyediaan setengah jam jer 
ihsan google


1. Wantan Pastry 
2. Isi ayam (tanpa kulit) 
3. Isi Udang 
4. Cendawan Shitake kering  
5. Carrot 
6. Daun Bawang 
7. Minyak bijan 
8. Telur 
9. Tepung Jagung 


1. Masukkan segenggam isi udang dan isi ayam ke dalam blender kecik yang kita kisar bahan2 kering (spice         blender) atau tumbuk guna lesung pun boleh.


2. Lepas dah halus diblend, keluarkan dan campurkan dengan tepung jagung hingga sebati. 

3. Potong halus2 setengah batang carrot,  cendawan shitake kering yang telah direndam kemudian hiris halus2 dan sehelai dua daun bawang yang jugak telah dimayang halus. Campurkan sekali ke dalam ayam tadi.  


Cendawan Shitake

                                                                     Lepas Rendam Cincang Dadu





4. Pecah telur sebiji, pukul sedikit dan masukkan jugak dalam bahan2 tadi. Gaul hingga sebati, bubuh sikit garam pak aji kalau guna dan kira2 setengah sudu kecik minyak bijan. *Simpan dalam peti ais selama sejam* 

5. Siap2 jerang air dalam pengukusan. Kemudian keluarkan wantan pastry dari fridge. Keluarkan sedikit sahaja dari dalam peket. Kalau keluarkan semua nanti ia menjadi kering. Kemudian guna cookie cutter untuk memotong bulat wantan pastry tu. (Kite tak potong pun biar besar tu je)

6. Wantan pastry boleh beli di giant atau pasaraya berdekatan yer. Celup jari telunjuk dalam sedikit air dan sapu pada sehelai wantan pastry tu. Pastu amik satu sudu kecil inti ayam tadi dan letakkan tengah2 wantan pastry. Kalau nak sedap lagi letak daun bawang atau daun sup. Lipat lah macam mana yang korang suka. Nak lipat macam lepat pisang pun boleyyyyh !  





7. Ulang sampai habis kulit pastry dan bahan kisar tu. Baki wantan pastry disimpan elok2 dalam peti ais dan boleh guna lain kali. Susun dalam kukusan dan kukuslah hingga masak tempoh masa. 10-15 minit.. Kalo nak ganti isi udang dan isi ayam dengan isi ketam ke apa2 pun isi, sila lah mengikut selera diri sendiri, suami mahupon anak2 :)




Untuk sos pencicah dia pulak boleh guna cili sos biasa dan kicap. Sedia untuk dimakan dim sum panas-panas yummy!!


                                                                    ini DIM SUM encik Google 



Selamat Ber DIM SUM!!! :) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...