Friday, October 9, 2015

Saat Bergelar Ummi Kepada Nur Aryssa Sophea

Assalamualaikum Dunia.

Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah disini. hihi..sila lah duduk makan apa yang ade. kakaka :D

Nak cerita serba sedikit pengalaman melahirkan seorang puteri yang diberi nama NUR ARYSSA SOPHEA.

Sebabnye ramai yang whatsapp and inbox saya di FB minta share pengalaman melahirkan anakanda ku tercinta dan sebelum otak ni terlupa nak cerita kat Sophea bila dia dah besar nanti baik lah aku cerita dulu kat sini nanti biar dia baca jer kan mana tahu ummi dia ni nyanyuk ke hilang ingatan ke (minta simpanglah) kekekeke :P (SOPHEA, sila sediakan tissue)

BAHAGIAN 1
ALKISAH.
Tersebutlah kisahhhhh ... cececewah ! 
Ok2 serius eh.. Sophea punya due date pada 12 Jun 2015 kira cukup2 40w lah tu. Tapi Sophea nak keluar awal rupanya untuk melihat ummi dia yang cantik gojes ni . EH? ;p

2 Jun 2015/38w2d
Masa ni saya kerja macam biasa je terkedek kedek masuk ofis lebih kurang lagi 10 hari jer nak deliver i is relaks lagi la maintain yer tapi kat ofis x buat satu mende pun sebab nye layankan sakit pinggang, rasa letih, lemau, ngantuk macam2 perasaan xfikir pun baby akan keluar waktu-waktu sekarang ni. hahaha. Nak dijadikan cerita, waktu aku tengah lalok2 kat ofis time-time sarat ni aku suka bersandar je pinggang asyik lenguh  kalau duduk tegak perut pulak asik keras menegang. Aku pun carilah tempat bersembunyi iaitu 'port' untuk aku boleh sandar or baring nak tau kat mana? Bilik Datuk!! wahahahahaha tapi Datuk x ada pun dia punya ofis kat HQ Penang cuma sekali sekala je dia akan datang ofis KL. Bilik Datuk ni pulak betul2 depan workstation aku so senang la kekadang aku nak menyelinap masuk kejap2 huahua. Kalau bebudak ofis tengok aku xde kat tempat aku tu maknanya aku mmg tengah bersembunyi kat 'port' aku lah tu..hihihi Dorang pun dah paham situasi mak2 buyung cemane :P 

Dalam tengahari macam tu sedang aku berelaks kan aku macam tetiba je pegi buat ketuk ketampi. Aku pun xpaham dah kenape aku buat ketuk ketampi tu hahahaha. Sebab aku ada baca2 kalau buat ketuk ketampi boleh buatkan bukaan rahim jadi cepat. Tapi, seeloknya dibuat time betul2 dah sakit contraction tu aku ni pulak badigol g buat time2 xsakit ape2 hahaha!! Dalam hati dah da macam2 semoga xde pape. Lepas dah buat ketuk ketampi tu ada lah dalam 10kali bangun cangkung aku dapat hokeh..mak masih kuadddd katanyer. Ok dah sambung buat kerja macam biasa dalam hati doa gak moga xde jadi pape lepastu ihihihi. Krohhh~ 


6.00pm
Petang tu pulak balik kerja aku dgn suami terus pegi rumah mak saudara  Syafique kat kepong. Tumpang tidur sana sebelum deliver ni coz mudah nak ulang alik pegi kerja. Nak balik Nilai susah sikit sebab pagi & petang jammed memanjang kang dalam jammed tu kot rasa nak terberanak susah pulak kan. Dahler laki aku jenis blur2 hahaha kang dia biar je aku tahan sakit dalam kereta uwaaa! Tak sanggup mak nak sambut baby sendiri xdapat nak dibayangkan lols.Nak balik rumah PJ pun xkuasa sebab kena naik tangga aku ni dahler betul2 xlarat xkan nak suruh hubby aku dukung pulak kan kalau ringan xpe ni dah mcm dugong terdampar hahahaha!! So kami decide tumpang dulu la umah makcik dia senang ape ape hal jadi hospital selayang dekat. (Tapi x plan pun bersalin selayang kami plan bersalin kat serdang). Sampai jer umah maksu Syafique aku pun duduk2 lah bagi hilang peluh jap (ceh mcm baru lepas berlari pulak kan) yelah since sarat pregant ni sejuk pun rasa panas tau mcm nak masuk dalam peti ais jer setiap masa (mak2 pregnant confirm setuju apa aku cakap. Betul??) Lepastu nak maghrib dah aku pun minta diri lah nak ke bilik air untuk bersihkan diri. Masa nak berjalan ke bilik air tu aku rasa mcm perut aku dah kebawah sangat sampai jalan pun kena membongkok. Sakit sangat ok xtau lah kenaper rasa macam baru lepas kena tumbok . Mak2 saudara yang tengok pun naik hairan sampai diorang cakap entah2 aku dah nak bersalin?? Aiyarkkkk aku pun berlalu sambil bongkok2 pegi bilik air menahan sakit. Wuuuu~

8.00pm
Usai jer solat maghrib aku dah teresak-esak kat suami mengadu SAKITT. Tak tahan sakit sangat2 bawah perut nih nak berjalan pun payah dalam solat pun dah menangis huhu T.T. Suami pun suruh siap2 ajak ke hospital selayang terus sebelum tu dia suruh aku packing2 baju sekali kot mana lah tau betul aku dah nak bersalin or kena check in ke kot ada masalah ape2 kat baby haaa. Huaaarghh sambil packing sambil nangiss perasaan bercampur baur sedih + gembira nak jumpa baby hahaha takut pun ada :p . Sampai jer Hospital daftar apa yang patut nurse suruh hubby tolak aku pakai wheelchair masuk bilik pemeriksaan hubby aku dan hantar sampai luar pintu je dia xleh masuk dalam sebab ramai lagi mak2 buyung yang lain dalam tu sedang menunggu giliran untuk diseluk, discan, dimacam-macam lagi suami xleh masuk dok luar ye. Haa gerun tak ko? Waktu dalam bilik pemeriksaan tu nurse panggil nama dan tanya apa masalah aku pun pung pang lah cerita kenape aku sakit dan blablabla (tapi aku x cerita pun aku buat ketuk ketampi tu kakaka. TAKUTTT) then nurse pun suruh aku naik katil untuk dia buat kerja dia. Haaa part ni memang serammmm dari cerita hantu haha. Dah la katil dia tinggi yakmat dia boleh suruh aku naik dalam keadaan aku nak berdiri tegak pun xboleh. Dengan kekuatan yang aku ada sambil gigil2 aku panjat katil tu xde sorang nurse pun yg tolong hampehhh tau tapi xpe redho lah Allah kan ade J ambil masa dalam 1-2minit gaklah aku Berjaya baring kat atas katil tu. Nurse pun letak lah CTG kat atas perut aku dan ikat2 dengan tali dia uisshh xselesa sangat dibelit gitu tapi CTG ni perlu untuk cek denyutan jantung baby. Dalam 1 jam setengah jugak lah perut aku dibelit tali CTG tu bapak bosan aku sorang2 atas katil tu layan perasaan yang nervous untuk pemeriksaan seterusnya. PHEW.

9.30pm
Selesai CTG katil aku dah dikelilingi oleh beberapa nurse dan juga seorang doctor India. Aku dah mula cuak aku tau diorang nak buat ape.. warghhhh! Apelagi sorang nurse datang dia ckp nak cek bukaan rahim aku pun pasrah sajelaa dah mmg mcm itu dugaan mak2 mengandung kan PENGORBANAN NI Sopeha. Ok aku rasa biasa sbb aku tahan nafas masa tu (petua mak2 yg berpengalaman apabila nak kena seluk) bukaan baru 2cm. Lepastu dengar lah cokcek cokcek dorang cakap bahsa yg aku xfaham (bahasa doctor kot) datang pulak doctor india tu tadi and dia pulak nak cek betul ke 2 cm. Dia masuk je jari Krukk! Krakkkk!! (astaghfirullah!! Sakit yang amat amat memang aku rasa macam nak tendang terus muka doctor tu)  Spontan keluar dari mulut aku “Oh My God!!!” itulah kata2 yang keluar dahulu hahahahaha. Lepastu rasa benda panas je meleleh keluar. Aku dapat agak mesti darah ;( ganas sungguh doctor tu tapi doctor perempuan lah. Syukur. Dah selesai diorang semua blah tinggal aku terkapai kapai atas katil sorang2. Rasa nak nangis pun ada tetiba teringat hubby aku kat luar buat ape lah agaknye. Apelah perasaan dia time tu. Hikhik. Mestilah risau kan sayang kan? :* 


10.30pm
After all aku pun diarahkan stay ward malam tu sebab doctor kata potensi besar bersalin pada esok hari sebab bukaan dah 2.5cm. Turun dari katil aku pun slow2 jalan nak jenguk suami aku kat luar nak cerita apa yang jadi. Malam tu tido kat ward pun xtenang sebab fikirkan kejadian esok hari and suami xde kat sebelah pulak lagi xlena lah tido kesepian iolss tahan sakit tau hukhuk. Menci tau dalam ward tu pulak campur dengan mak2 yang dah bersalin memang ditemani bunyi anak2 kucing menjerit lah time tido (bunyi baby nangis hahaha) Ok lah untuk kisah esoknya pula aku sambung kat next entry lah yer. Panjang sangat pulak nanti bosan orang nak baca. Tapi cerita xhabis mesti korang nak tahu cerita selanjutnya kan? Kalau nak tau komen dulu lah kisah ni baru i tau ada orang yg sudi baca belog ni .. kekekeke ;) 


Fresh From Oven! :)



To be continued......... KISAH 2

1 comment:

  1. Casino Nightclub | Dr. Md. Casino
    From blackjack to roulette, a 거제 출장마사지 fun game of chance, and a VIP look 경상북도 출장마사지 into the casino's newest 대전광역 출장샵 slots. With over 80 온라인 바카라 table games, the Dining Club at 서울특별 출장마사지

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...