Sunday, October 11, 2015

Saat Bergelar Ummi Kepada Nur Aryssa Sophea. Bahagian 2

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa kalau jawab sayanggg ;)

Sambungan Bahagian 1 .

BAHAGIAN 2

3 Jun 2015/28W3D
8.00am
Mata aku still terkebil-kebil pagi  tu aku rasa macam aku hanya dapat tidur hanya beberapa minit jer sedar-sedar dah pagi dan nurse datang cek setiap pesakit then tarik-tarik langsir bagi terang setiap ward. Jelas wajah mak2 di setiap katil aku nampak. Ada yang tengah menyusukan baby, ada yang tengah tidur, ada yang tengah main2 dengan baby. Aku tersenyum je rasa seronoknya bangun2 ada baby kat sebelah huhu sambil tu aku usap-usap perut hihihi. Perut aku ni still rasa sakit lagi nak bergerak tapi nak ke bilik air punya pasal aku gagahkan juga kudrat yang ada untuk bangun. Sebelum tu aku sempat lagi whatsapp hubby aku bagitau keadaan aku masa tu. Aku tau dia mesti xlena tido jugak fikirkan aku tambahan pulak pukul 3 pagi dia datang dengan makcik dia sebab nak lawat aku sebab semalamnya doctor cakap dalam masa 6 jam aku bersalin tapi xkeluar pun babynya lagi hahahaha. Selesai bersihkan diri sarapan pun sampai. Aku memang xberselera nak jamah makanan tapi aku fikirkan baby dalam perut aku pun minum la air milo panas and makan sikit buat alas perut sian anak ummi lapar nanti.

9.30am.
Aku hanya baring je kat atas katil masa ni dah rasa sakit menyucuk2 kat bawah tu. Aku borak2 dalam whatsapp je dengan hubby then tanya dia bila nak datang aku bosan. Waktu melawat pukul 12.30tgh pulak tu hubby aku suruh selawat je and cakap sabor jap lagi dia datang ler hahaha. Then doctor pun datang bersama nurse2 dia. Katanya setiap 1 jam diorang akan seluk aku nak tengok berapa cm dah bukak. Aku bab2 seluk ni memang seriau sikit. Aku hanya mampu berdoa je kalau nak seluk biar doktor perempuan mintak dijauhkan doctor lelaki. Malu beb xsanggup mak nak bayangkan.Phew! Tetiba masa diorang sibuk ambil detail aku ada sorang doctor cina lelaki ni dia mcm tawarkan kat doctor pompuan tu untuk cek aku. Aku pon apa lagi dah nampak isyarat tangan dia tu aku dengan lajunya cakap ..” Errr excuse me, I xnak dia I nak doctor perempuan yang cek’’ ko rase??? Hahahaha boleh pulak  main request2 kan mak xkisahh janji mak rasa secure sikit. Dahla doctor perempuan tu cantik lemah lembut muka ala2 Mia Ahmad okay! Hubby I pun cakap macam tu hehe so aku rasa tenang sikit la dengan perwatakan doctor macam tu kan. Selesai seluk doctor kata 3cm dan diorang bagitau estimated time petang ni aku bersalin. Alhamdulillah. (Yeay nak jumpa baby yeay!)


11.30am
Sempat jugak aku tidur dalam beberapa jam. Yelah malam tadi xlena punya pasal dengan bunyi anak kucingnya so sempat jugak aku topup tido dapat jugak aku cas balik tenaga buatnya petang nanti nak guna banyak tenaga untuk push-push. Kekeke :P. Tiba-tiba aku rasa macam sakit kat bawah tu sangat2 rasa macam nak buang air besar. Aku pun try la bangun pergi toilet nasib baik toilet betul2 sebelah katil aku tapi xkeluar pun apa yang dihajati kahkah. Aku pun panjat balik katil dengan rasa hampa. Aku suruh hubby datang cepat sebab aku risau nak baranak dah ke sakit yang teramat oiii sakit bawah perut+sakit kat bawah adoiiii hanya mampu ucap (Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin )(doa nabi Yunus) sambil tu aku mesej mak aku minta petua ayat2 suci dan minta doa restu serta ampun dan maaf.  Doktor pun datang cek lagi bukaan still 3cm lagi tapi apesal aku rasa sakit sangat2 entah ler .. terkumat kamit mulut aku berzikir xhenti henti minta Tuhan permudahkan jangan dipersulitkan. Huuuuuuuuuu T.T

12.30tgh
Hubby I pun sampai. Datang je dia kat katil tu aku tengok je muka dia sambil tahan air mata. Rasa sebak sangat masa tu. Dia pun diam je xcakap apa Cuma tanya aku ape doctor cakap. Aku kata la sakit sangat2 dah ni doctor kata still 3cm mungkin dalam pukul 4 baru boleh masuk labour room. Lepastu kita orang sama2 berzikir. Aku dah nangis2 dah sebab xtahan nak tanggu. Itu baru 3cm macam mana la dah 10cm jap g? Macam2 andaian berlegar2 dalam kepala otak aku. Kekadang aku hanya fikir yang buruk je hahaha (hidup ke mati ke aku jap lagi) banyaknya dosa2 aku. Dosa dengan mak, dosa dengan suami. Astaghfirullahal Adzim.. aku hanya selawat,zikir nangis dan nangisss pastu tetiba rasa nak meneran. Syafique macam biasa diam jela sambil perhatikan aku dia nak buat ape lagi xkan nak tukar perut pulak kan. Muahaha >.<! Aku ngadu kat Syafique “ I rasa nak meneran la xtahan sangat ni” Dia jawab “sabar,selawat2 zikir”  sambil buat muka xtau apa2. Hampehhh hahaha sambil aku peluk lengan dia sambil aku cekam kuat2 bia dia rasa sakit sikit tapi still xleh lawan sakit aku tau. Aku pun menjerit tanpa rasa segan “tolonggggg nak meneran ni tolonggggg” aku buat macam dalam ward tu hanya ada aku dengan syafique je kakaka. Then tangan aku asyik picit2 button kecemasan yg untuk panggil nurse datang ke katil. Nurse datang tanya kenape, aku jawab la nak meneran ni blh ke? Ade ke patut dia suruh aku sabar tunggu doctor cek aku lagi meraung laaa jawabnyee.. Ibarat ko nak berak tapi orang tahan xbagi ko berak. Kes naye beb boleh buat gado besar.. hahaha!

2.00pm
Syafique kena keluar sebab masa melawat dah habis. Dia berat hati nak tinggalkan aku tapi apakan daya masa tidak memihak kepada kita. Aicewah! Aku teresak-esak menangis sebab kena tanggung sakit sorang2 kalau ada Syafique dapat la bertahan sikit walaupun dia diam kaku je tepi aku asalkan aku dpt tengok muka dia adalah kekuatan sikit hahaha ni kena hadap sakit sorang2. Tiba-tiba aku dah rasa macam nak meneran lagi. Doktor datang cek dah 4cm. Aku dah meracau mcm dirasuk ok. Sakitt oii doctor tu usap2 belakang aku suruh sabar dan suruh selawat banyak2 kali pastu nasihat aku bagi aku tenang. Bagus tau doctor perempuan tu memang sangat membantu . Huhuh thanks Doktor “Mia Ahmad”. Setiap kali contraction datang aku mesti menjerit cakap nak meneran nak menerannnn. Sampai aku xfikir ape-2 terus cakap kat doctor tu “saya nak c-zer boleh x doctor”? Doktor tu terus marah aku kata jgn cakap macam tu puan mesti boleh sabar sikit je lagi puan akan jumpa baby. Lagipun xboleh pergi labour room sekarang sebab penuh even pergi pun puan still macam nix de orang akan layan. Pasrahhh… kerana terpaksa aku relakan.

3.30pm
Sakit makin menjadi-jadi air mata ni laju je merembes keluar time ni la baru aku sedar besarnya pengorbanan mak aku lahirkan 7 orang anak. Kuatnya seorang yang bergelar “ibu,mak,Ummi” Tingginya darjat seorang mak. Timbul lah rasa keinsafan dalam diri. Teringat akan perbuatan2 terhadap mak. Melawan cakap, xdengar kata, tipu, tinggi suara, mcm2 lagi perbuatan xelok dibuat kat mak waktu dulu. Kalaulah nyawa aku ditarik masa tu …Nauzubillah….. Sumpah sakitnya xterperi.. Siapa yang pernah mengalami senggugut macam tu lah rasanya tapi 10 kali ganda sakit!! Senggugut pun engko dah tertonggeng tonggeng ni nak lawan sakit contraction. Terus aku terfikir biarlah sorang jer anak aku xsanggup nak hadapi sakit beranak lagi.. hakhak. (Fikiran dah dikuasai oleh sakit memang begitu kekeke)

4.00pm
Bukaan dan 6cm kalau boleh terjun dari katil aku dah terjun dah SUMPAH kali ni aku dah xtau nak fikir apa sakitnya tak dapat dibayangkan aku memang dah meneran senyap2 tau. Rasa baby xsabar sangat nak keluarnye pun adoiiii. Masa Doktor seluk dia tanya nak buang air x aku kata xnak walau time tu orang letak 10ribu depan aku pun aku xnak xpeduli langsung hahahaha. Doktor kata pundi aku penuh air so diorang nak bagi aku buang air jugak kalau x susah aku nak meneran nanti. Diorang dah sediakan katil untuk tolak aku ke labour room then dokor tu masukkan tiub apa entah kat pundi kencing aku rasa ngilu jer pastu keluar lah air kencing aku dengan sendirinya.. (nyesal pulak aku kata xnak buang air tadi). Nurse suruh aku call Syafique kat luar beritahu dia yang aku nak .ena tolak masuk labour room dah . Mengigil-gigil aku cakap dengan dia dalam hati excited + nervous saat bergelar umi dah hampir tiba. Sabar ya sayang kita sama2 berjuang ok. Waktu ni bagai diberi kekuatan yang luarbiasa rasanya semangat berkobar2.. (katil pun ditolak menuju ke labour room)

4.30pm
Aku disuruh tukar ke katil yang ada di dalam labour room. Pelik, sedangkan waktu dalam ward tadi aku dah xbermaya nak bergerak walau sikit macam mana tiba2 aku dengan laju je bangun naik atas katil tu tanpa perlu dibantu .. Ya, Allah Maha Besar. Dia beri kekuatan luar biasa pada aku.  Baju aku pun ditukar and doctor pun cek bawah bukaan dah 7cm dia pun minta izin untuk pecahkan air ketuban aku dan minta aku bersabar sebab sakit lepas ni makin bertambah. Aku redha je xfikir sakit tu sangat dah yang aku fikir hanya baby selamat keluar. Aku cakap kat doctor tu aku nak meneran boleh ke doctor tu boleh cakap kat aku “cubalah” hahaha boleh gitu ye? Syafique kat sebelah aku pun dah berselawat and zikir xhenti2.. aku genggam tangan Hubby kuat2 dan mula ambil nafas dalam2 dan PUSHHHHH~~!! Sambil push sambil aku baca zikir nabi Yunus tu Syafique pun ikut sekali.. 2,3 kali gak aku push tapi still xkeluar pun babynya.. Muka aku dah berpeluh-peluh dah (Peluh jihad seorang ummi) Aku teran lagi kuat-kuat sambil ingat balik step meneran yang betul (ambil ilmu dari pengalaman orang lain) Tiba2 nurse kata kepala baby dah nampak dia suruh Syafique tengok tapi Syafique kata dia tengok sikit je terus dia datang kat aku lap lap peluh kat muka aku.. hahah baru dia tau takuttttt. Aku teran dan terus teran sekuat hati masa aku tengah teran tu aku rasa mcm pedih2 sikit mungkin doctor tu gunting kot tapi bagi aku xdelah sakit dia gunting sebab aku focuss nak meneran agakya. Dorang semua bagi semangat kat aku dengan bantuan 2 org nurse tolong tolak2 perut aku  Syafique pun dah xtentu arah masa tu dan SLURPSSSSS ~ meluncur laju lah seketul baby yang putih licin badannya Ya ALLAH SYUKUR. Dia punya bunyi kejap je WEKKK~ pastu senyap hahaha. Ya Allah aku xsabar nak peluk anakku NUR ARYSSA SOPHEA. Pukul 4.55pm Sophea lahir ke bumi.  Masa diorang dok bersih2kan Sophea ade lah suara2 halus aku dengar cakap tali pusat Sophea cantik la mcm excited sungguh nurse2 tu aku pon xpaham.. Sophea pun diletakkan atas dada aku (skin to skin) bermula lah saat pandang pertama antara kami  anak beranak. Terkebil-kebil mata sepet Sophea tengok muka aku.. aiyayayaiiii jatuh cinta ummi anak oii wangi sangat dia time tu BABY SYURGA lah katakan SEGALA PUJI BAGI ALLAH ALHAMDULILLAH..Lepas sophea dimandikan dan dipakaikan baju Syafique pun ambil dia untuk di azankan. Dengarlah Sophea suara abah dia buat pertama kali selepas dilahirkan.  Sungguh aku diberikan kekuatan yang luar biasa. Dari awal sampai akhir aku diuji dengan kesakitan yang amat sangat oleh Allah. Bila tiba saat bertarung Dia permudahkan segala-galanya. Tak lama pun proses nak bersalinkan Sophea. 4.30pm-4.55pm jer dah keluar sektul Sophea.Hehe…

5.00pm
Nurse keluarkan semua darah2 beku dan jahit balik yang telah digunting tadi. Bermula lah kehidupan aku sebagai seorang UMMI kepada buah hatiku NUR ARYSSA SOPHEA. Jadilah anak yang cerdik dan solehah wahai anakku harta ummi dan abah dunia akhirat. Jadilah kakak yang baik untuk adik2 nanti ya, kehkehkeh J


**********
Sekian saja perkogsian dari saya tentang pengalaman melahirkan puteri sulung saya ini. Benar, lain ibu lain pengalamannya tapi setiap ibu akan merasa benda yang sama semasa ingin melahirkan anak2 syurga iaitu KESAKITAN,PENGORBANAN DAN KEKUATAN. Sakit yang sangat nikmat untuk dirasaai. Akan tetapi ujian kita tidak akan terhenti disini. Akan banyak lagi ujian dan cabaran yang bakal kita tempuhi untuk membesarkan anak2 tersayang. Jadilah ummi yang baik dan dapat memberi contoh kepada anak2. Untuk para suami, kasihilah seorang isteri yang telah melahirkan anak2 mu. Walaup pun seorang lelaki itu gagah dan kuat  tetapi tidak akan ada seorang pun lelaki yang mampu untuk menanggung sakit nya yang ditanggung oleh isterimu untuk melahirkan seorang anak. Buat anak2, hormatilah dan sayangilah kedua2 orang tuamu. Segala pengorbanan yang mereka lakukan  tidak akan mampu dibalas hingga nafas terakhir.. Berbaktilah kepada orang2 tuamu.

DOB 3rd June 2015 @4.55pm

UMMI SAYANG NUR ARYSSA SOPHEA DUNIA AKHIRAT.




Wassalam.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...