Assalamualaikum..
Tak jawab dosa kalau jawab sayanggg ;)
BAHAGIAN 2
3 Jun 2015/28W3D
8.00am
Mata
aku still terkebil-kebil pagi tu aku
rasa macam aku hanya dapat tidur hanya beberapa minit jer sedar-sedar dah pagi
dan nurse datang cek setiap pesakit then tarik-tarik langsir bagi terang setiap
ward. Jelas wajah mak2 di setiap katil aku nampak. Ada yang tengah menyusukan
baby, ada yang tengah tidur, ada yang tengah main2 dengan baby. Aku tersenyum
je rasa seronoknya bangun2 ada baby kat sebelah huhu sambil tu aku usap-usap perut
hihihi. Perut aku ni still rasa sakit lagi nak bergerak tapi nak ke bilik air
punya pasal aku gagahkan juga kudrat yang ada untuk bangun. Sebelum tu aku
sempat lagi whatsapp hubby aku bagitau keadaan aku masa tu. Aku tau dia mesti
xlena tido jugak fikirkan aku tambahan pulak pukul 3 pagi dia datang dengan
makcik dia sebab nak lawat aku sebab semalamnya doctor cakap dalam masa 6 jam
aku bersalin tapi xkeluar pun babynya lagi hahahaha. Selesai bersihkan diri
sarapan pun sampai. Aku memang xberselera nak jamah makanan tapi aku fikirkan
baby dalam perut aku pun minum la air milo panas and makan sikit buat alas
perut sian anak ummi lapar nanti.
9.30am.
Aku
hanya baring je kat atas katil masa ni dah rasa sakit menyucuk2 kat bawah tu.
Aku borak2 dalam whatsapp je dengan hubby then tanya dia bila nak datang aku
bosan. Waktu melawat pukul 12.30tgh pulak tu hubby aku suruh selawat je and
cakap sabor jap lagi dia datang ler hahaha. Then doctor pun datang bersama
nurse2 dia. Katanya setiap 1 jam diorang akan seluk aku nak tengok berapa cm
dah bukak. Aku bab2 seluk ni memang seriau sikit. Aku hanya mampu berdoa je
kalau nak seluk biar doktor perempuan mintak dijauhkan doctor lelaki. Malu beb xsanggup
mak nak bayangkan.Phew! Tetiba masa diorang sibuk ambil detail aku ada sorang doctor
cina lelaki ni dia mcm tawarkan kat doctor pompuan tu untuk cek aku. Aku pon
apa lagi dah nampak isyarat tangan dia tu aku dengan lajunya cakap ..” Errr
excuse me, I xnak dia I nak doctor perempuan yang cek’’ ko rase??? Hahahaha boleh
pulak main request2 kan mak xkisahh
janji mak rasa secure sikit. Dahla doctor perempuan tu cantik lemah lembut muka
ala2 Mia Ahmad okay! Hubby I pun cakap macam tu hehe so aku rasa tenang sikit
la dengan perwatakan doctor macam tu kan. Selesai seluk doctor kata 3cm dan
diorang bagitau estimated time petang ni aku bersalin. Alhamdulillah. (Yeay nak
jumpa baby yeay!)
11.30am
Sempat
jugak aku tidur dalam beberapa jam. Yelah malam tadi xlena punya pasal dengan
bunyi anak kucingnya so sempat jugak aku topup tido dapat jugak aku cas balik
tenaga buatnya petang nanti nak guna banyak tenaga untuk push-push. Kekeke :P.
Tiba-tiba aku rasa macam sakit kat bawah tu sangat2 rasa macam nak buang air
besar. Aku pun try la bangun pergi toilet nasib baik toilet betul2 sebelah
katil aku tapi xkeluar pun apa yang dihajati kahkah. Aku pun panjat balik katil
dengan rasa hampa. Aku suruh hubby datang cepat sebab aku risau nak baranak dah
ke sakit yang teramat oiii sakit bawah perut+sakit kat bawah adoiiii hanya
mampu ucap (Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu
minazzhalimin )(doa nabi Yunus) sambil tu aku mesej mak aku minta petua ayat2 suci
dan minta doa restu serta ampun dan maaf. Doktor pun datang cek lagi bukaan still 3cm
lagi tapi apesal aku rasa sakit sangat2 entah ler .. terkumat kamit mulut aku
berzikir xhenti henti minta Tuhan permudahkan jangan dipersulitkan. Huuuuuuuuuu
T.T
12.30tgh
Hubby I pun sampai. Datang je dia kat katil tu aku
tengok je muka dia sambil tahan air mata. Rasa sebak sangat masa tu. Dia pun
diam je xcakap apa Cuma tanya aku ape doctor cakap. Aku kata la sakit sangat2
dah ni doctor kata still 3cm mungkin dalam pukul 4 baru boleh masuk labour
room. Lepastu kita orang sama2 berzikir. Aku dah nangis2 dah sebab xtahan nak
tanggu. Itu baru 3cm macam mana la dah 10cm jap g? Macam2 andaian berlegar2
dalam kepala otak aku. Kekadang aku hanya fikir yang buruk je hahaha (hidup ke
mati ke aku jap lagi) banyaknya dosa2 aku. Dosa dengan mak, dosa dengan suami.
Astaghfirullahal Adzim.. aku hanya selawat,zikir nangis dan nangisss pastu tetiba
rasa nak meneran. Syafique macam biasa diam jela sambil perhatikan aku dia nak
buat ape lagi xkan nak tukar perut pulak kan. Muahaha >.<! Aku ngadu kat
Syafique “ I rasa nak meneran la xtahan sangat ni” Dia jawab “sabar,selawat2
zikir” sambil buat muka xtau apa2.
Hampehhh hahaha sambil aku peluk lengan dia sambil aku cekam kuat2 bia dia rasa
sakit sikit tapi still xleh lawan sakit aku tau. Aku pun menjerit tanpa rasa
segan “tolonggggg nak meneran ni tolonggggg” aku buat macam dalam ward tu hanya
ada aku dengan syafique je kakaka. Then tangan aku asyik picit2 button
kecemasan yg untuk panggil nurse datang ke katil. Nurse datang tanya kenape,
aku jawab la nak meneran ni blh ke? Ade ke patut dia suruh aku sabar tunggu doctor
cek aku lagi meraung laaa jawabnyee.. Ibarat ko nak berak tapi orang tahan
xbagi ko berak. Kes naye beb boleh buat gado besar.. hahaha!
2.00pm
Syafique kena keluar sebab masa melawat dah habis.
Dia berat hati nak tinggalkan aku tapi apakan daya masa tidak memihak kepada
kita. Aicewah! Aku teresak-esak menangis sebab kena tanggung sakit sorang2
kalau ada Syafique dapat la bertahan sikit walaupun dia diam kaku je tepi aku
asalkan aku dpt tengok muka dia adalah kekuatan sikit hahaha ni kena hadap
sakit sorang2. Tiba-tiba aku dah rasa macam nak meneran lagi. Doktor datang cek
dah 4cm. Aku dah meracau mcm dirasuk ok. Sakitt oii doctor tu usap2 belakang
aku suruh sabar dan suruh selawat banyak2 kali pastu nasihat aku bagi aku
tenang. Bagus tau doctor perempuan tu memang sangat membantu . Huhuh thanks
Doktor “Mia Ahmad”. Setiap kali contraction datang aku mesti menjerit cakap nak
meneran nak menerannnn. Sampai aku xfikir ape-2 terus cakap kat doctor tu “saya
nak c-zer boleh x doctor”? Doktor tu terus marah aku kata jgn cakap macam tu
puan mesti boleh sabar sikit je lagi puan akan jumpa baby. Lagipun xboleh pergi
labour room sekarang sebab penuh even pergi pun puan still macam nix de orang
akan layan. Pasrahhh… kerana terpaksa aku relakan.
3.30pm
Sakit makin menjadi-jadi air mata ni laju je
merembes keluar time ni la baru aku sedar besarnya pengorbanan mak aku lahirkan
7 orang anak. Kuatnya seorang yang bergelar “ibu,mak,Ummi” Tingginya darjat
seorang mak. Timbul lah rasa keinsafan dalam diri. Teringat akan perbuatan2
terhadap mak. Melawan cakap, xdengar kata, tipu, tinggi suara, mcm2 lagi
perbuatan xelok dibuat kat mak waktu dulu. Kalaulah nyawa aku ditarik masa tu …Nauzubillah…..
Sumpah sakitnya xterperi.. Siapa yang pernah mengalami senggugut macam tu lah
rasanya tapi 10 kali ganda sakit!! Senggugut pun engko dah tertonggeng tonggeng
ni nak lawan sakit contraction. Terus aku terfikir biarlah sorang jer anak aku
xsanggup nak hadapi sakit beranak lagi.. hakhak. (Fikiran dah dikuasai oleh
sakit memang begitu kekeke)
4.00pm
Bukaan dan 6cm kalau boleh terjun dari katil aku
dah terjun dah SUMPAH kali ni aku dah xtau nak fikir apa sakitnya tak dapat
dibayangkan aku memang dah meneran senyap2 tau. Rasa baby xsabar sangat nak
keluarnye pun adoiiii. Masa Doktor seluk dia tanya nak buang air x aku kata
xnak walau time tu orang letak 10ribu depan aku pun aku xnak xpeduli langsung
hahahaha. Doktor kata pundi aku penuh air so diorang nak bagi aku buang air
jugak kalau x susah aku nak meneran nanti. Diorang dah sediakan katil untuk
tolak aku ke labour room then dokor tu masukkan tiub apa entah kat pundi
kencing aku rasa ngilu jer pastu keluar lah air kencing aku dengan sendirinya..
(nyesal pulak aku kata xnak buang air tadi). Nurse suruh aku call Syafique kat
luar beritahu dia yang aku nak .ena tolak masuk labour room dah .
Mengigil-gigil aku cakap dengan dia dalam hati excited + nervous saat bergelar
umi dah hampir tiba. Sabar ya sayang kita sama2 berjuang ok. Waktu ni bagai
diberi kekuatan yang luarbiasa rasanya semangat berkobar2.. (katil pun ditolak
menuju ke labour room)
4.30pm
Aku disuruh tukar ke katil yang ada di dalam labour
room. Pelik, sedangkan waktu dalam ward tadi aku dah xbermaya nak bergerak
walau sikit macam mana tiba2 aku dengan laju je bangun naik atas katil tu tanpa
perlu dibantu .. Ya, Allah Maha Besar. Dia beri kekuatan luar biasa pada aku. Baju aku pun ditukar and doctor pun cek bawah
bukaan dah 7cm dia pun minta izin untuk pecahkan air ketuban aku dan minta aku
bersabar sebab sakit lepas ni makin bertambah. Aku redha je xfikir sakit tu
sangat dah yang aku fikir hanya baby selamat keluar. Aku cakap kat doctor tu
aku nak meneran boleh ke doctor tu boleh cakap kat aku “cubalah” hahaha boleh
gitu ye? Syafique kat sebelah aku pun dah berselawat and zikir xhenti2.. aku
genggam tangan Hubby kuat2 dan mula ambil nafas dalam2 dan PUSHHHHH~~!! Sambil push
sambil aku baca zikir nabi Yunus tu Syafique pun ikut sekali.. 2,3 kali gak aku
push tapi still xkeluar pun babynya.. Muka aku dah berpeluh-peluh dah (Peluh
jihad seorang ummi) Aku teran lagi kuat-kuat sambil ingat balik step meneran
yang betul (ambil ilmu dari pengalaman orang lain) Tiba2 nurse kata kepala baby
dah nampak dia suruh Syafique tengok tapi Syafique kata dia tengok sikit je
terus dia datang kat aku lap lap peluh kat muka aku.. hahah baru dia tau
takuttttt. Aku teran dan terus teran sekuat hati masa aku tengah teran tu aku
rasa mcm pedih2 sikit mungkin doctor tu gunting kot tapi bagi aku xdelah sakit
dia gunting sebab aku focuss nak meneran agakya. Dorang semua bagi semangat kat
aku dengan bantuan 2 org nurse tolong tolak2 perut aku Syafique pun dah xtentu arah masa tu dan
SLURPSSSSS ~ meluncur laju lah seketul baby yang putih licin badannya Ya ALLAH
SYUKUR. Dia punya bunyi kejap je WEKKK~ pastu senyap hahaha. Ya Allah aku xsabar
nak peluk anakku NUR ARYSSA SOPHEA. Pukul 4.55pm Sophea lahir ke bumi. Masa diorang dok bersih2kan Sophea ade lah
suara2 halus aku dengar cakap tali pusat Sophea cantik la mcm excited sungguh
nurse2 tu aku pon xpaham.. Sophea pun diletakkan atas dada aku (skin to skin)
bermula lah saat pandang pertama antara kami
anak beranak. Terkebil-kebil mata sepet Sophea tengok muka aku..
aiyayayaiiii jatuh cinta ummi anak oii wangi sangat dia time tu BABY SYURGA lah
katakan SEGALA PUJI BAGI ALLAH ALHAMDULILLAH..Lepas sophea dimandikan dan
dipakaikan baju Syafique pun ambil dia untuk di azankan. Dengarlah Sophea suara
abah dia buat pertama kali selepas dilahirkan. Sungguh aku diberikan kekuatan yang luar
biasa. Dari awal sampai akhir aku diuji dengan kesakitan yang amat sangat oleh
Allah. Bila tiba saat bertarung Dia permudahkan segala-galanya. Tak lama pun
proses nak bersalinkan Sophea. 4.30pm-4.55pm jer dah keluar sektul Sophea.Hehe…
5.00pm
Nurse keluarkan semua darah2 beku dan jahit balik
yang telah digunting tadi. Bermula lah kehidupan aku sebagai seorang UMMI
kepada buah hatiku NUR ARYSSA SOPHEA. Jadilah anak yang cerdik dan solehah
wahai anakku harta ummi dan abah dunia akhirat. Jadilah kakak yang baik untuk
adik2 nanti ya, kehkehkeh J
**********
Sekian saja perkogsian dari saya tentang pengalaman
melahirkan puteri sulung saya ini. Benar, lain ibu lain pengalamannya tapi
setiap ibu akan merasa benda yang sama semasa ingin melahirkan anak2 syurga
iaitu KESAKITAN,PENGORBANAN DAN KEKUATAN. Sakit yang sangat nikmat untuk
dirasaai. Akan tetapi ujian kita tidak akan terhenti disini. Akan banyak lagi
ujian dan cabaran yang bakal kita tempuhi untuk membesarkan anak2 tersayang.
Jadilah ummi yang baik dan dapat memberi contoh kepada anak2. Untuk para suami,
kasihilah seorang isteri yang telah melahirkan anak2 mu. Walaup pun seorang
lelaki itu gagah dan kuat tetapi tidak akan
ada seorang pun lelaki yang mampu untuk menanggung sakit nya yang ditanggung
oleh isterimu untuk melahirkan seorang anak. Buat anak2, hormatilah dan
sayangilah kedua2 orang tuamu. Segala pengorbanan yang mereka lakukan tidak akan mampu dibalas hingga nafas
terakhir.. Berbaktilah kepada orang2 tuamu.
|
DOB 3rd June 2015 @4.55pm |
UMMI SAYANG NUR ARYSSA SOPHEA DUNIA AKHIRAT.
Wassalam.